Tuesday 7 April 2015

Dropship Bersama Kami

APAKAH ITU DROPSHIP?


Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper (Kami).

Konsep Dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal.

 

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?


Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers (laman web kami).
2 – Promosikan produk yang anda pilih itu di Facebook, Instagram, Laman Web dan di Bloq anda atau di Platform Jualan lain menggunakan foto produk dan keterangan produk tersebut.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda pun menempah produk dari dropshipper (kami). Kami kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda. 


KELEBIHAN DROPSHIP BERSAMA KAMI

 

1) Tiada Dikenakan Yuran Keahlian. Pendaftaran percuma dan terhad. Untuk Pendaftaran.

2) Tiada Minimum Order.

3) Segala Masalah Pada Produk Yang di Hantar, di Tanggung Oleh Kami. Jadi, Anda Tak Perlu Risau.

4) Harga Dropship yang Kami Tawarkan Amat Berbaloi Skali...


SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) :

 

1) Bagaimana untuk menjadi ahli dropship ?

- Untuk menjadi ahli dropship, anda boleh Klik sini untuk mendaftar.

- Selepas Mendaftar, Sila SMS/Whatsapp Nama Anda ke 013 948 6601.

- Kami akan Verified maklumat anda terlebih dahulu dan akan memaklumkan menerusi SMS/Whatsapp selepas mendapat Approval.

 

2) Dimanakah kami boleh mendapatkan katalog gambar kacamata dan maklumat produk kacamata untuk diletakkan dikedai online kami ?

- Anda boleh dapatkan gambar-gambar produk kacamata kami setelah mendaftar dengan kami, Kami akan berikan Link untuk anda download dimana album-album kacamata sudah siap di zipkan dalam satu file mengikut kategori untuk memudah kan ejen.

- Keterangan/description produk boleh ambil di Webiste ini.

 

3) Dimanakah kami boleh dapatkan senarai harga untuk ejen ?

- Untuk senarai harga ejen pihak kami akan memberitahu selepas anda menjadi ahli yang sah.

 

4) Bagaimana pula Harga kacamata yang saya perlu jual kepada customer?

Anda boleh menjual kepada customer pada harga asal yang tertera pada website ini. 

 

5) Bolehkah saya bagi diskaun kepada pelanggan saya ?

Ya sudah tentu, Tetapi kami cadangkan anda jual mengikut harga seperti di website ini.  iaitu harga yang diletakkan (display price) di kedai anda samada di blog, facebook, mudah.my dan web lain. Jika pelanggan meminta diskaun barulah anda berikan mengikut kemahuan anda. Bagaimanapun kemahiran/skill jualan  adalah penting yang menentukan keuntungan anda.

 

6) Adakah stok sentiasa ada ?

Ya, kebanyakkan stok sentiasa ada terutama model2 yang hot dan yang laris. Semua yang ada di dalam website kami adalah In Stock, bagi yang telah kehabisan stok kami telahpun hide dari website.

No comments:

Post a Comment